Friday, August 13

Misi Kamikaze

Pn. Ellyna merupakan orang kuat di fakulti art & design. Beliau terkenal dengan sifat beliau yang sentiasa cold terhadap pelajar-pelajarnya. Kebetulan pula semester kali nih, beliau mengajar aku subject Reproduction of Graphic Design (Repeat).

Nak dijadikan cerita, aku ponteng kelas pertama die. Alasan aku ponteng sebab confuse, ada orang kata ada kelas, ada yang kata takde kelas. Aku pun blur. Dan disebabkan aku sebagai pelajar yang sangat malas bangun pagi, mengambil keputusan untuk hiraukan kelas dan sambung tidur.

Tup.. Tap.. Tup.. Tap.. Seminggu pun berlalu. Hari ni, aku rajin bangun pagi sebab sekarang bulan Ramadhan. Syaitan semua kene kurung. Mungkin sebab tu aku ringan je bangun pagi hari nih. Pukul 8.00 pagi aku dapat message, tertulis "Pn. Ellyna ada kasi assignment minggu lepas." Kelas Pn. Ellyna pulak start pukul 9.00 pagi.

fuck !

Niat nak ponteng kelas tibe-tibe muncul kembali. Kali ni ada banyak sebab kenapa aku terasa nak ponteng. Antaranya, dengar cerita ada yang tak siap assignment, dibaling pen marker dan dihalau keluar dari kelas. Ada yang disuruh bukak seluar dan disebat dengan batang buloh pada bontot. Yang paling merepek aku dengar, ada yang sampai kene berlari kat padang 10 pusingan tanpa memakai apa-apa pakaian... sambil dikejar harimau yang beliau bela.

Selalunya aku akan tipu diri aku sendiri dengan berkata - "standard la kene marah." Tapi kali ini tidak. Ini bukan lecturer part-time yang aku boleh bergurau-senda. Ini bukan lecturer alim yang aku boleh hirau kan. Ini adalah Pn. Ellyna, lecturer terpaling digeruni di alam universe. Pagi ni merupakan hari bersejarah buat aku. Aku tak pernah lagi dipaksa berlari bogel di padang sambil di kejar harimau.

Aku perlu membuat decision dengan cepat. Adakah aku mahu teruskan niat untuk pergi ke kelas dan terima hukuman - yang kemungkinan boleh membuat aku merana. Atau aku boleh sambung tidur dan buat-buat macam takde bende yang berlaku... I pick the first one. Aku pun cepat-cepat bersiap. Aku taknak lambat masuk ke kelas, takut hukuman akan jadi lebih berat daripada yang sepatutnya.

Setiap langkah aku ke UNiSEL terasa berat.

Terasa seperti ada seseorang menarik aku ke belakang.

Telinga aku pula seperti mendengar "Apiz, balik lah ! Sambung tidur !"

"Tilam engkau rindu engkau nih !"

Semuanya masih belum terlewat. Aku masih lagi boleh berpatah balik. Patah balik ke bilik tidur aku. Tapi... To be a successful man, you first must defeat your inner fear (bak kata pepatah Donald Trump)

"I must defeat my inner fear ! I must defeat Pn. Ellyna !
" Aku jerit pada diri aku tanpa hiraukan orang ramai di dalam bas yang kemudian memandang aku sambil membuat muka curious.

Tiba saja di Stesen Bas di hadapan UNiSEL, dengan sifat aku yang cool, aku pun selamber menurun dari bas tersebut. Ini umpama misi Kamikaze. Aku tahu aku akan di maki, di marah, di caci, di baling pen marker, dan di kejar harimau, tapi aku tetap pergi jugak. Family aku tentu bangga pada aku - sebab sanggup Kamikaze. Setapak demi setapak aku melangkah. Makin lama makin berat kaki ku untuk melangkah. Jantung pula bergoncang-goncang macam water-machine. Tangan pulak bergetar-getar, sampai tak leh nak pegang mouse.

TING ~!!!

Loceng lif berbunyi. Aku pun memasuk lif tersebut dan tekan butang tingkat 3. Destinasi aku semakin dekat. Aku dah boleh nampak pintu ke kelas tersebut. Aku tabah kan diri. Aku mengeluarkan handphone aku di poket kanan seluar. Aku menghantar message "I lurve yuu, I hop yuu wil mish me wen i am gone porever" kepada orang yang aku sayang.

This is it. Aku kini berdiri 5 meter depan pintu tersebut. Aku takut. Hari nih aku betul-betul takut. Aku tak mintak pun nih semua. Aku masuk UNiSEL bukan untuk kene marah. Aku masuk UNiSEL sebab nak carik awek !


Krekkk ~ Bunyi pintu terbukak.


Member aku keluar sambil berkate, "Yo Apiz, hari nih kelas cancel."




p/s: harap-harap Pn. Ellyna tak baca blog nih hehe :-)

1 comment: